PM Berhak Tentukan Tarikh Pilihan Raya: Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak untuk membuat keputusan sama ada pilihan raya akan datang perlu diadakan awal atau tidak.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Iskandar Malaysia semalam, Hishammuddin berkata, beliau percaya sebarang keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu adalah berlandaskan kepada hasrat rakyat sebagai pengundi.

"Yang penting PM buat keputusan bersandarkan kehendak rakyat. Sekiranya apa yang kita (Barisan Nasional) janjikan itu dapat ditunaikan dan rakyat dapat merasainya, esok pun boleh buat pilihan raya," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, menjadi amalan dan hak Perdana Menteri untuk membuat keputusan mengenai sebarang tarikh pilihan raya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan