Pekerja Malaysia Harap Gaji Biasa Naik Walau Gawat Kewangan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 47 peratus pekerja Malaysia menjangka kenaikan gaji antara 5.0 dan 10 peratus tahun ini walau pun semasa kegawatan kewangan, demikian menurut Laporan Kerja Dunia 2010 (WoWR).

Kaji selidik tahunan itu yang dilakukan Randstad, satu organisasi pengambilan pekerja dan perkhidmatan sumber manusia kedua terbesar di dunia, berkata harapan tinggi pekerja bagi mendapatkan pakej gaji dan ganjaran kewangan merupakan cabaran yang dihadapi para majikan.

Randstad, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan 92 peratus warga kerja Malaysia dan 83 peratus warga kerja Singapura menjangka menerima bonus tahun ini, manakala kira-kira 70 peratus daripada majikan yang ditinjau di Malaysia khuatir akan kehilangan kakitangan kepada pasaran-pasaran lain kerana prospek kerja di luar negara meningkat.

Pengurs Besar dan Pengarah Agensi Pekerjaan Randstad Sdn Bhd Sahun Nadarajah berkata: "Penjenamaan merupakan satu cara kukuh membentuk tenaga kerja bagi setiap organisasi.

"Jika pengalaman sebenar bekerja sepadan dengan nilai syarikat dan unjuran jenama majikan, pekerja akan lebih terangsang, lebih produktif dan lebih setia," katanya.

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa 29 peratus pekerja Malaysia terangsang oleh fahaman kukuh mengenai bagaimana peranan masing-masing boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Kajian yang dibuat pada Februari, meninjau pendapat lebih 3,000 profesional sumber manusia, pengurus perniagaan dan ketua pegawai eksekutif di seluruh Rantau Asia Pasifik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan