PDRM Dalam Proses Tambah Anggota: Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses menambah keanggotaan di setiap balai polis di seluruh negara dalam usaha memerangi jenayah.

Selain itu katanya, PDRM juga mengambil beberapa langkah lain bagi tujuan itu termasuk melaksanakan tindakan secara bersepadu yang melibatkan anggota di semua jabatan, cawangan dan unit.

Langkah lain ialah mengenal pasti dan memberi tumpuan kepada 'kawasan panas', mempertingkatkan keberkesanan penggunaan sistem kamera litar tertutup dan menambah jumlah anggota yang membuat rondaan, katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang ingin tahu tindakan kementerian bagi membendung kegiatan jenayah yang semakin meningkat sekarang khususnya di Wangsa Maju.

Hishammuddin berkata, polis juga meningkatkan kerjasama dengan orang ramai melalui program Rakan Cops dan dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, pihak berkuasa tempatan, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung, anggota Parlimen, anggota dewan undangan negeri, pertubuhan bukan kerajaan serta pihak swasta.

Mengulas mengenai kawasan Wangsa Maju, Hishammuddin berkata, buat masa ini terdapat 71 anggota bertugas di balai polis kawasan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan