Malaysia Desak PBB Adakan Sidang Tergempar Bincang Serangan Israel - Berita Semasa | mStar

Malaysia Desak PBB Adakan Sidang Tergempar Bincang Serangan Israel

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia, yang mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, membuat susulan bagi mendesak satu sidang tergempar diadakan pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membincangkan kejadian 31 Mei itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia sedang berunding dengan para anggota PBB terutama dengan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) bagi menyokong langkah itu.

Anifah berkata, beliau telah melawat Brunei pada Isnin dan Indonesia semalam bagi mendapatkan sokongan dan kedua-dua negara itu telah melahirkan sokongan mereka.

"Malaysia telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mendesak perhimpunan agung PBB supaya sesi khas tergempar kali ke-10 bersidang semula bagi membincangkan serangan tentera Israel ke atas kebebasan flotilla," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anifah berkata, Malaysia akan mencadangkan supaya menggunapakai satu resolusi yang termasuk meminta perhimpunan agung PBB mendapatkan nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan itu dan mendesak Israel menarik balik sekatan selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1860.

Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa dan begitu juga Majlis Keselamatan supaya bertindak segera bagi mengadakan "siasatan adil dan saksama, boleh dipercayai dan benar-benar bebas" selaras dengan kenyataan Presiden Majlis Keselamatan yang dikeluarkan pada 1 Jun.

"Malaysia menyokong cadangan yang dibuat Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon bagi mengadakan satu panel inkuiri yang diketuai bekas perdana menteri New Zealand, Sir Geoggrey Palmer," kata Anifah.

Pada 7 Jun, persidangan Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan dan mendesak masyarakat antarabangsa untuk bertindak ke atas Israel dan terus menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan