Maklumkan Status Penyewa Warga Asing Kepada PBT: Murugiah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah yang ingin menyewakan rumah mereka kepada warga asing mungkin dikehendaki memaklumkan status penyewa itu kepada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan mereka ini bukan daripada kalangan yang masuk ke Malaysia secara haram, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Katanya beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan beserta syor supaya pemilik rumah dan penyewa didakwa sekiranya didapati warga asing yang menyewa itu memasuki negara ini secara haram.

"Sekiranya pemilik rumah tersebut ingin menyewakan rumah mereka kepada warga asing, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada PBT dengan mengemukakan status penyewa tersebut, sama ada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat kondominium Angsana Hilir, Ampang, di sini hari ini.

Beliau berkata banyak serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di beberapa kawasan perumahan mendapati penyewa warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Contohnya dalam serbuan di blok C kondominium Angsana Hilir itu baru-baru ini, 71 daripada 147 penyewa warga asing yang menghuni rumah itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Murugiah turun padang ke kondominium itu untuk mendengar aduan penduduk yang tidak berpuashati kerana pihak pengurusan tidak mengiktiraf Sijil Layak Menduduki CF yang telah mereka miliki daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah bekalan air dan elektrik.

Murugiah berkata satu pertemuan akan diadakan di Biro Pengaduan Awam Wilayah Persekutuan pada 23 Jun ini melibatkan penghuni, pihak pengurusan, agensi kerajaan dan syarikat utiliti bagi menyelesaikan isu itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan