KPKT Belanja Hampir RM60 Juta Pasang 496 Unit CCTV Di 25 PBT

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan hampir RM60 juta bagi memasang dan menguruskan 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan panas pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan itu.

Menteri berkenaan Datuk Chor Chee Heung berkata peruntukan itu adalah untuk tempoh lima tahun dengan pemasangan kesemua CCTV itu dijangka selesai pada hujung Ogos ini. Menurutnya lokasi CCTV itu adalah berdasarkan maklumat Polis DiRaja Malaysia.

"Mengurangkan kadar jenayah adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan kementerian diberi tanggungjawab bagi memasang CCTV di kawasan 'hot spot' PBT seluruh negara.

"Jika dengan cara ini terbukti dapat mengurangkan kadar jenayah, kita akan mohon kepada kerajaan supaya lebih banyak CCTV dipasang tahun depan," katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas Mempengerusikan mesyuarat perancangan masa depan kementerian itu di sini hari ini.

Pemasangan CCTV di sekitar Lembah Klang ialah di kawasan Shah Alam (24 unit), Ampang Jaya (24 unit), Subang Jaya (24 unit), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (24 unit), Selayang (24 unit), Klang (16 unit) dan Kajang (16 unit).

Chor berkata, kementerian juga membelanjakan RM9.7 juta bagi menaik taraf 644 buah perhentian bas sekitar Lembah Klang tahun ini dalam usaha mencapai NKRA bagi meningkatkan prasarana pengangkutan awam.

Sementara itu, beliau mengumumkan kementerian akan menguatkuasakan peraturan yang akan memudahkan pemilik rumah bertingkat mendapatkan hak milik strata dengan lebih mudah dan cepat tahun depan. Beliau berkata apabila dilaksanakan peraturan itu memberi kemudahan kepada para pemaju untuk memohon status strata dalam tempoh 100 hari bermula dari tarikh bangunan dibina.

"Ini membolehkan pemaju menyerahkannya secara serentak sebaik sahaja unit rumah diserahkan kepada pemilik.

"Ia berbeza dengan prosedur sebelum ini iaitu mereka hanya dibenarkan memohon status tersebut setelah enam bulan bangunan siap dan kadang-kadang status berkenaan tidak diperolehi walaupun pemilik telah lama tinggal di unit berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan