Kanak-Kanak Koma Setahun Dibenar Pulang Dari Hospital

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALING: Setelah lebih setahun berada di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, seorang kanak-kanak yang koma sejak 14 bulan lepas, dibenarkan dibawa pulang semalam walaupun masih belum sedar.

Noorizzati Othman, 10, dari Kampung Ekor Padang, Kuala Ketil dekat sini, sebelum ini tidak dapat dibawa pulang ke rumahnya kerana ibu bapanya tidak mampu menyediakan bilik yang mempunyai kemudahan elektrik.

Pada 29 Mac tahun lepas, Noorizzati tiba-tiba rebah dan selepas beberapa hari dia dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani sebelum koma di situ dan keesokannya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Sejak itu ibu bapa kanak-kanak itu, Othman Awang, 50, dan Rokiah Yusof, 47, terpaksa menjadikan Hospital Sultanah Bahiyah sebagai "rumah" mereka bagi menjaga anak keempat dari lima beradik itu.

Othman ketika ditemui di rumahnya berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan bantuan termasuk peralatan penafasan dan bantuan lain untuk menguruskan Noorizzati, termasuk Hospital Sultanah Bahiyah, Umno Bahagian Baling yang menyumbang bilik khas untuk menempatkan Noorizzati, dan individu lain yang terlibat.

"Saya amat berterima kasih pada pihak media yang memainkan peranan hingga beban yang amat berat yang kami pikul menjadi ringan," katanya.

Othman berkata, isterinya akan memastikan Noorizzati menerima makanan melalui tiup setiap jam dan menguruskan kebersihan badannya.

Katanya, Pakar Perunding Kanak-Kanak Hospital Sultanah Bahiyah Datuk Dr Teh Keng Hwang memberitahunya bahawa Noorizzati mengalami penyakit dikenali Cervical Transverse Myeliitis dan Neurogenic Shock, yang memerlukan bantuan pernafasan dengan ventilator sepanjang hayatnya.

"Saya dan isteri akan tabah menjaga Noorizzati semampu yang boleh dan kami akan mencurahkan kasih sayang kepadanya walaupun dia dalam keadaan koma," kata Othman.

Rokiah pula berkata, bahawa sepanjang tempoh setahun dua bulan Noorizzati berada di hospital Sultanah Bahiyah, dia sentiasa berada di sisi anaknya itu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan bantuan RM300 sebulan kepada Noorizzati.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Rokiah Yusof bernombor 021262900012436-6. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan