Abu Bakar Bashir Diburu Polis Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia sedang memburu ulama terkenal, Abu Bakar Bashir ekoran wujudnya bukti bahawa dia membiayai satu kumpulan bersenjata di Aceh.

Sebelum ini, pemandu dan pengawal keselamatan Abu Bakar telah diberkas oleh polis anti-pengganas dalam satu siri serbuan pada beberapa bulan lalu.

Polis sedang menantikan arahan daripada pihak atasan kerajaan untuk bertindak terhadap Abu Bakar.

"Kami mempunyai bukti menunjukkan Abu Bakar menyalurkan beberapa ribuan dolar Amerika Syarikat kepada kem latihan para-militari di Aceh," seorang pegawai kanan anti-keganasan memberitahu The Star.

"Dia juga merestui pembinaan kes keganasan itu," tambah pegawai itu.

Bagaimanapun, peguam Mahendradatta yang mewakili Abu Bakar menafikan dakwaan itu dengan menyatakan anak guamnya tidak mengetahui kewujudan sel keganasan berkenaan di Aceh.

"Abu Bakar tidak pernah ke Aceh. Dia hanya tahu tentang latihan militari itu di Aceh selepas satu operasi yang mengorbankan suspek-suspek pengganas," katanya.

Polis menjumpai dan kemudian menyerbu kem pengganas itu pada Februari lalu.

Serbuan itu mengorbankan tiga anggota polis serta mencederakan 14 yang lain.

Operasi susulan polis menyaksikan serbuan dilakukan di beberapa tempat di negara itu.

Polis menahan 58 suspek militan dan membunuh 13 suspek termasuk pembuat bot, Dulmatin yang juga pelarian.

Dulmatin ialah salah seorang perancang insiden pengeboman Bali.

Polis menahan 58 suspek militan dan membunuh 13 suspek termasuk pembuat bot, Dulmatin yang juga pelarian.

Polis mendakwa kumpulan militan itu merancang untuk membunuh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan pegawai atasan semasa sambutan Hari Kemerdekaan dengan melancarkan roket pada Ogos tahun lalu.

Sekiranya Abu Bakar ditangkap, ia mungkin mengundang tindakan balas daripada penyokongnya.

Dia pernah dipenjarakan kerana konspirasi pengeboman di Bali pada 2002 dan dibebaskan pada 2006.

Abu Bakar secara terbuka dan bebas menganjurkan kebencian terhadap "golongan kafir".

Dia juga menyokong pengebom berani mati dan menyifatkan mereka sebagai mati syahid.

Pada 2008, Abu Bakar menubuhkan Jamaah Anshorut Tawhid. Ahli-ahlinya termasuk ahli perniagaan dan profesional yang didakwa menderma kepada kem Aceh.

Penemuan di kem Aceh mendedahkan rancangan golongan militan untuk membunuh "golongan kafir".

Minggu lalu, polis anti-keganasan menemui 3,400 senjata tertimbus di kem tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan