Usahawan Bumiputera Harus Gigih Majukan Perniagaan - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usahawan bumiputera hendaklah terus berusaha keras memajukan perniagaan masing-masing berikutan pengenalan Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

Para usahawan, katanya harus bersedia menghadapi cabaran ekonomi dalam konteks MBE yang menyaksikan kerajaan melaksanakan dasar afirmatif melalui pendekatan baru iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan ketelusan.

"Kita mahu mencapai taraf sebuah negara maju dalam tempoh 10 tahun akan datang dan saya yakin perjuangan kita akan kekal dengan kepimpinan politik kerajaan pada masa kini berdasarkan pendekatan baru termasuk merit dan ketelusan," katanya pada majlis Anugerah Usahawan Bumiputera 2010 di sini, malam tadi.

Beliau berkata cabaran mendatang harus dipandang positif bagi menghapuskan ketirisan diri serta kebergantungan kepada kerajaan dan seterusnya menjadi usahawan yang berani dan cekal.

"Ramai yang agak skeptikal dan tidak berapa selesa terutama apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak lagi wujud, namun, saya yakin perjuangan kita akan terus kekal dengan kepimpinan politik dan kerajaan masa ini.

"Ini boleh dilihat dengan perjuangan Melayu (Bumiputera) tetap dipertahankan dengan penyertaan 30 peratus Bumiputera dalam bidang ekonomi seperti dinyatakan dalam RMK-10," katanya

Muhyiddin turut menyatakan sokongannya terhadap usaha Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bumiputera membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu.

Anugerah Usahawan Bumiputera 2010 anjuran GABEM dan gabungan NGO julung kali diadakan bagi mengiktiraf kejayaan cemerlang usahawan bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk perindustrian infrastruktur serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Seramai 20 usahawan Bumiputera menerima anugerah dalam pelbagai bidang termasuk Pengerusi Eksekutif Kumpulan Puncak Niaga Holdings Berhad Tan Sri Rozali Ismail menerima Anugerah Perdana (Kepimpinan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub dianugerahkan Anugerah Kluster Penerbitan dan Percetakan.

Turut hadir Pengerusi GABEM Tan Sri Rahim Thamby Chik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan