Sultan Johor Akan Pandu Lokomotif Dalam Siri Kembara Mahkota

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ketika menjalani latihan praktikal secara rasmi dengan keretapi dari Johor Baharu menuju ke Kulai di sini semalam. Latihan ini sebagai persiapan sebelum baginda memandu sendiri pada acara tahunan Kembara Mahkota Johor 2010 edisi ke-12 bermula 26 hingga 28 Jun ini. Kembara Mahkota ini akan membabitkan jarak perjalanan sejauh 391.3 kilometer dari Stesen JB Sentral ke Stesen Gemas sebelum kembali ke pusat bandaraya.-Foto BERNAMA.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ketika menjalani latihan praktikal secara rasmi dengan keretapi dari Johor Baharu menuju ke Kulai di sini semalam. Latihan ini sebagai persiapan sebelum baginda memandu sendiri pada acara tahunan Kembara Mahkota Johor 2010 edisi ke-12 bermula 26 hingga 28 Jun ini. Kembara Mahkota ini akan membabitkan jarak perjalanan sejauh 391.3 kilometer dari Stesen JB Sentral ke Stesen Gemas sebelum kembali ke pusat bandaraya.-Foto BERNAMA.

KULAIJAYA (Johor): Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan mengetuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, selama dua hari mulai 26 Jun ini yang akan menyaksikan baginda menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama.

KMJ 2010 merupakan kembara pertama sejak Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari lepas dan kali ini ia lebih menarik apabila baginda sendiri akan memandu kereta api berkenaan pada siri jelajah tersebut.

Bagi memastikan kelancaran kembara berkenaan, Sultan Ibrahim hari ini menjalani latihan pemanduan kereta api sebagai persediaan untuk memulakan jelajah sebenar yang merangkumi perjalanan sejauh 391.3 kilometer.

Sultan Ibrahim bertitah, selain berpeluang bertemu rakyat jelata, baginda juga tidak sabar untuk memperolehi lesen memandu kereta api yang akan diserahkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada kembara itu nanti.

"Alhamdulillah, semuanya (latihan pemanduan) berjalan lancar hari ini. Saya sentiasa memikirkan bila 26 Jun akan sampai dan tidak sabar hendak dapat lesen (kereta api)," titah baginda selepas menjalani latihan pemanduan sejauh 30 kilometer bermula dari Stesen Keretapi Johor Baharu ke Stesen Keretapi Kulai.

Sultan Ibrahim juga bertitah, baginda berpuas hati dengan latihan pemanduan yang mengambil masa kira-kira sejam itu. dan sebagai pelatih, baginda bertitah kereta api membawa lapan gerabak termasuk gerabak diraja itu dipandu perlahan walaupun baginda dibenarkan membawa pada kelajuan 100 kilometer sejam. Sepanjang pemanduan semalam, Sultan Ibrahim berkata, baginda dapat melihat sendiri keadaan di kiri dan kanan persekitaran termasuk kebersihan kawasan-kawasan perumahan di sepanjang laluan kereta api itu.

"Aturcara sudah diaturkan oleh urusetia, pada hari kembara nanti saya cuma perlu memastikan saya punya jadual mesti betul untuk sampai ke satu tempat supaya rakyat nanti tidak menunggu terlalu lama," titah baginda.

KMJ kali ini merupakan edisi ke-12 sejak ia diperkenalkan pada tahun 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri, yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor.

Ia bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat. Kembara kali ini akan bermula dari Stesen Keretapi Johor Baharu hingga di Stesen Keretapi Gemas, Negeri Sembilan dan Sultan Ibrahim dijadualkan singgah di beberapa stesen termasuk Kulaijaya, Kluang dan Chamek untuk bertemu rakyat.

Sultan Ibrahim dijadualkan melakukan pelbagai aktiviti termasuk melawat Kampung Pertanian Kulaijaya, melancarkan tabung amal Simpang Renggam, demonstrasi membuat tosai dan melancarkan portal Sekolah Agama Kampung Chamek dekat Kluang.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan