SPRM Kesal Saksi Beri Keterangan Bercanggah Di Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan tindakan sesetengah saksi kes yang berpaling tadah dengan memberi keterangan bercanggah di mahkamah dengan keterangan yang diberikan kepadanya.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, ini menyebabkan sesetengah kes yang dibicarakan terpaksa ditutup kerana pihak pendakwaan SPRM tidak mahu menerima keterangan lanjut saksi disebabkan keterangan yang bercanggah.

"Apabila perkara ini berlaku Timbalan Pendakwa raya (DPP) terpaksa menutup kes tersebut, jadi ada pihak yang akan menuding jari kepada kita kerana dikatakan tidak menjalankan siasatan dengan terperinci," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini menyebabkan SPRM terpaksa mengambil tindakan terhadap saksi-saksi kes mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu dan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda.

Katanya, sebagai contoh kes rasuah yang membabitkan Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya Halimi Kamaruzaman yang dilepas dan dibebaskan mahkamah daripada pertuduhan rasuah kerana keterangan sembilan saksi kes itu bercanggah dengan percakapan awal mereka kepada SPRM.

Mustafar berkata, apabila keterangan saksi itu bertukar, pihak pendakwaan SPRM terpaksa menarik balik pertuduhan dan terpaksa berhenti menerima keterangan saksi.

"Sebaliknya orang yang disabitkan kesalahan akan terlepas daripada pertuduhan manakala saksi kes pula, yang dituduh di mahkamah kerana memberi keterangan yang bercanggah," katanya.

Beliau menasihati masyarakat supaya memberi keterangan yang tepat dan tidak bercanggah kerana keterangan itu akan digunakan sebagai bukti kes apabila dibawa ke mahkamah.

Katanya, apabila keterangan yang diberikan bercanggah akan menyukarkan pendakwaan terhadap tertuduh dan usaha SPRM dalam memerangi rasuah dianggap gagal.

"Kita berharap masyarakat dapat memberi kerjasama kepada SPRM dalam usaha memerangi rasuah," katanya.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang hari ini, setelah pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana keterangan saksi bercanggah dengan keterangan yang diberikan kepada SPRM. Sementara itu, Norza dalam kenyataan melalui peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata keputusan mahkamah tersebut tidak mengejutkan kerana sebelum itu segala tuduhan mengenai politik wang terhadapnya telah digugurkan oleh Jawatankuasa Disiplin Umno pada Mac tahun lepas.

"Sama ada saksi-saksi ini memberi keterangan betul pada perbicaraan atau dalam kenyataan, adalah untuk Mahkamah Temerloh untuk memutuskan," katanya.

Norza dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno Mac tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan