RMK-10: RM1.9 Bilion Bangun Tanah Wakaf Seluruh Negara

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membangunkan tanah wakaf di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata dana itu disediakan berikutan kejayaan beberapa projek pembangunan bagi RMK-9 dan sehingga kini Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di Jabatan Perdana Menteri telah menerima hampir 70 permohonan projek daripada semua Majlis Agama Islam Negeri.

Katanya di bawah RMK-9, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan RM256.4 juta kepada Jawhar bagi melaksanakan 18 projek pembangunan berbentuk fizikal dan empat projek bukan fizikal di hartanah wakaf yang berpotensi serta strategik di seluruh negara.

"Ia adalah konsep kerjasama antara kerajaan pusat (Jawhar) dan kerajaan negeri (majlis agama Islam negeri) untuk memajukan tanah-tanah wakaf. Ini kerana di banyak tanah wakaf, projek pembangunannya lambat kerana pelbagai kekangan terutama kewangan.

"Ada banyak tanah terutama di kawasan bandar yang boleh dibangunkan termasuk dengan membina hotel tetapi terbantut kerana masalah kewangan.

"Majlis agama Islam negeri selaku pemilik tanah wakaf akan bekerjasama dengan Jawhar yang mengeluarkan dana khas Persekutuan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Sultanah Haminah Hamidun di Derga di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut berangkat ke majlis itu adalah Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.

Jamil Khir berkata sebelum ini ada salah faham di pihak majlis agama Islam negeri disebabkan syarat yang mewajibkan supaya sebarang hartanah wakaf yang ingin dimajukan ditukarkan nama atas nama Jawhar, menyebabkan banyak majlis agama Islam negeri tidak memohon peruntukan kerajaan persekutuan dan akhirnya hartanah itu terbiar.

"Kini mereka telah sedar bahawa pajakan di atas nama Jawhar itu hanyalah untuk sementara sepanjang proses pembangunan. Apabila projek itu siap, ia akan dipulangkan semula," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata program Pembangunan Hartanah Wakaf dalam RMK-9 merupakan inisiatif julung-julung kalinya melibatkan peruntukan kewangan kerajaan persekutuan.

"Kesemua 18 projek fizikal di bawah RMK-9 dilaksanakan mengikut fokus utama seperti ekonomi, kesihatan, pendidikan, perumahan dan agama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan