PM Berhak Tentukan Tarikh Pilihan Raya: Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

PM Berhak Tentukan Tarikh Pilihan Raya: Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak untuk membuat keputusan sama ada pilihan raya akan datang perlu diadakan awal atau tidak.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Iskandar Malaysia hari ini, Hishammuddin berkata, beliau percaya sebarang keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu adalah berlandaskan kepada hasrat rakyat sebagai pengundi.

"Yang penting PM buat keputusan bersandarkan kehendak rakyat. Sekiranya apa yang kita (Barisan Nasional) janjikan itu dapat ditunaikan dan rakyat dapat merasainya, esok pun boleh buat pilihan raya," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, menjadi amalan dan hak Perdana Menteri untuk membuat keputusan mengenai sebarang tarikh pilihan raya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan