Norza Zakaria Dibebaskan Dari Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, daripada tuduhan rasuah.

Hakim Azuar Che Yusof membuat keputusan itu setelah Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa menyatakan pihaknya tidak akan mengemukakan keterangan lanjut selepas saksi-saksi yang dikemukakan sebelum ini berpaling tadah.

Terdahulu, Abdul Razak berhujah pihak pendakwaan sentiasa berharap saksi-saksi bercakap benar bagi menegakkan keadilan.

"Tanpa keterangan yang boleh dipercayai, usaha untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan tidak akan berjaya," katanya.

Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Halimi kemudian memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk melepas dan membebaskan tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.

Katanya, pihak pendakwaan juga telahpun diberi peluang memanggil 18 saksi sepanjang perbicaraan itu yang sudah memakan masa lama. Mahkamah kemudian menerima hujah itu.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada ahli perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya bagi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun lepas.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 6.30 petang, 20 Jan tahun lepas di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh di sini.

Halimi, 47, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pula menghadapi dua pertuduhan memberikan suapan itu kepada Khadri dan Mohammad Anuar bagi pihak Mohamad Norza pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sepanjang perbicaraan sejak Mac tahun lepas itu, sembilan saksi pendakwaan dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh kerana memberi keterangan palsu.

Mohamad Norza, yang ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur kerana dapat membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah.

Katanya keputusan itu juga diharap dapat menamatkan spekulasi berhubung kredibilitinya.

"Saya adalah pemimpin Umno yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Lembaga Displin Parti dan juga mahkamah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan