MCA Kelantan Cadang Wakilnya Dilantik Senator

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: MCA Kelantan meminta presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mencalonkan seorang anggota MCA dari Kelantan sebagai senator menggantikan Datuk Alex Wong yang akan tamat perkhidmatan sebagai Anggota Dewan Negara pada Ogos ini.

Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata adalah perlu anak Kelantan dicalon menduduki kerusi itu memandangkan MCA Kelantan tidak mempunyai Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen bagi menyuarakan pendapat masyarakat Cina di negeri itu.

"Di sini tidak ada wakil rakyat orang Cina sebagaimana negeri-negeri lain, jadi kita minta Presiden MCA ambil wakil Kelantan ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan MCA Kelantan di sini malam tadi.

MCA menetapkan setiap senator yang dilantik mewakili parti itu dibolehkan berkhidmat selama tempoh satu penggal atau tiga tahun sahaja kecuali dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

Ng, yang juga Menteri Pelancongan, berkata mesyuarat itu menetapkan 30 Julai ini untuk mesyuarat agung tahunan MCA Kelantan yang akan diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di sini.

Beliau berkata gerakan mendaftar ahli MCA sebagai pemilih akan dilakukan dalam masa terdekat memandangkan masih terdapat 15 peratus ahli parti itu tidak didaftar sebagai pemilih.

"Di Kelantan, MCA ada 12,000 orang ahli yang berdaftar dan kira-kira 1,000 orang lagi belum didaftar sebagai pemilih dan akan didaftarkan segera," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan