Keluarga Masih Menunggu Panggilan Penemuan Nisha

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keluarga adik Nisha Chandramohan yang hilang sejak 4 Jun lepas, tidak berenggang dengan telefon masing-masing, mengharapkan panggilan dengan khabar gembira berhubung penemuan kanak-kanak itu.

Ibunya, Wong Lai Lan, 21, bagaimanapun berkata, buat masa ini, beliau sekeluarga belum menerima sebarang berita mengenai anak kesayangannya itu.

"Setakat ini tiada sesiapa atau mana-mana pihak yang menelefon saya memaklumkan ada ternampak atau terjumpa anak saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Namun, katanya, beliau dan suaminya G. Chandramohan, 24, yang tidak dapat bekerja sejak kehilangan anaknya itu giat menjalankan usaha mencari bersama bantuan rakan-rakan serta pelbagai pihak yang prihatin.

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu hilang setelah dibawa berjalan oleh nenek saudaranya yang mempunyai masalah mental.

Ketika kejadian, Wong dan suaminya keluar bekerja dan hanya menyedari kehilangan Nisha setelah pulang dari kerja kira-kira pukul 6 petang.

Nisha kebiasaannya ditinggalkan bersama nenek saudara berusia 54 tahun itu dan moyangnya berusia 71 tahun di rumah mereka di Taman Bukit Bendera, Temerloh.

Sehubungan itu, Wong merayu bantuan orang ramai yang terlihat anaknya atau mempunyai maklumat mengenai anaknya itu agar menghubunginya di talian 016-9323803. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan