Kelantan Dapat 250 Tan Gula

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kelantan telah mendapat tambahan 250,000 kilogram gula bagi mengatasi masalah kekurangan bahan itu sejak beberapa bulan lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pembangunan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Iskandar Halim Sulaiman berkata, lebihan gula itu mula diterima Kelantan sejak bulan lepas.

"Kita juga menyediakan stok penimbal sebanyak 100,000 kilogram lagi sebagai langkah kecemasan jika berlaku lagi kekurangan bekalan itu. Stok penimbal itu akan dipantau oleh pegawai daripada kementerian dan diletakkan di premis pemborong terpilih sahaja," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan gula di pasar raya Tesco di sini hari ini.

Iskandar Halim berkata, Kelantan sebelum ini menerima lima juta kilogram gula setiap bulan namun jumlah itu nampaknya tidak mencukupi sehingga menyukarkan pengguna.

"Kita akui antara lain sebab kekurangan itu mungkin disebabkan gula kita diseludup ke negara jiran selain berlakunya pembelian panik oleh pengguna ketika ini," katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, pegawainya sentiasa membuat pemeriksaan terhadap pemborong bagi memastikan pengagihan gula itu sampai kepada sasaran dan bukannya kepada rakyat negara jiran.

"Kita siasat sehingga sampai kepada peruncit dan kita hendak tahu siapa pembelinya pula, adakah rakyat negara kita atau luar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan