RMK-10 Letak Kepentingan Bagi Pembangunan Luar Bandar: Najib

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menumpukan usaha bagi membangunkan kawasan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, pada masa ini, 7.1 peratus penduduk luar bandar hidup di bawah garis kemiskinan dan keadaan ini tidak boleh berterusan.

"Kekurangan seperti ini perlu dirapatkan agar supaya rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik dan kelompok budaya di kawasan yang belum dibangunkan dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih baik. Rancangan Malaysia Kesepuluh berharap dapat menjamin itu semua.

"Dalam Rancangan tersebut yang telah saya umumkan minggu sudah, saya telah menyatakan tujuan kerajaan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan pendapatan bagi semua rakyat Malaysia, termasuk penduduk luar bandar, dalam tempoh lima tahun yang akan datang," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my semalam.

Najib berkata, daripada pendekatan pembangunan seimbang yang mana projek diagih-agihkan ke seluruh negeri dan daerah secara sama rata, sebaliknya tumpuan diberikan kepada pembangunan berkelompok yang akan membolehkan sumber-sumber yang diperuntukkan dan potensi setiap kawasan dimaksimumkan dengan lebih efisien dan strategik.

"Pembangunan berkelompok paling baik dipacu oleh perkongsian antara pihak awam dan swasta, yang mana ini juga ditonjolkan dalam RMK-10. Projek seharusnya dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dapat memberikannya keuntungan yang maksumum.

"Bandar-bandar dan pekan-pekan utama akan dibangunkan berdasarkan kepada kelebihan berbanding yang dipunyainya," katanya.

Beliau berkata, program-program dan projek-projek pembangunan ini mesti diintegrasikan ekonomi dan sosialnya dengan sub bandar atau kawasan pinggir bandar, yang mana ini pula akan disesuaikan dengan sistem penghubung ke kampung-kampung di sekeliling kawasan-kawasan pinggir bandar ini.

Najib juga berkata, program tinjauan mesra rakyat memberikan beliau peluang untuk memerhatikan kedua-dua masyarakat bandar dan luar bandar dengan lebih dekat lagi disamping dapat berinteraksi dengan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

"Jelas sekali kepada saya semasa tinjauan mesra ini wujud perbezaan yang amat ketara sekali dalam cara hidup kita dan dengan cara kita ke sana ke mari. Lebih daripada sekali saya diingatkan bahawa kemudahan asas yang kadang kala dianggap mudah di pekan-pekan dan di bandar-bandar, seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya, masih belum didapati di kampung-kanpung di luar bandar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan