Rais Puji Senator Heng Fasih BM; Contoh Untuk Seorang Penjawat Awam

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini memuji bekas timbalan menteri kementerian itu, Senator Heng Seai Kei kerana kefasihannya berbahasa Melayu telah memantapkan imej kementerian.

Rais berkata, kefasihan berbahasa Melayu di kalangan anggota kerajaan merupakan kelebihan yang boleh digunakan ketika berbahas di Parlimen.

"(Senator) Heng Seai Kei adalah seorang ahli politik yang fasih berbahasa Melayu dan kefasihan beliau dalam bahasa kebangsaan itu menyebabkan anggota pembangkang terlupa untuk mengajukan soalan kepadanya pada satu sesi perbahasan di Parlimen," katanya.

Rais berkata demikian pada majlis meraikan Heng, yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan menyambut kedatangan penggantinya Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz di sebuah restoran terkenal di sini.

D'Cruz, yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) dilantik memegang jawatan timbalan menteri, berikutan rombakan kecil Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 1 Jun lepas.

Heng, dalam ucapannya, berkata beliau berterima kasih kepada Rais kerana banyak memberi tunjuk ajar untuk menjadi seorang ahli politik yang berwibawa.

Heng yakin Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan terus cemerlang dan mantap ekoran budaya kerja keras di kalangan penjawatnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Pengurus Besar Bernama Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Ibrahim Yahaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan