PGPO Rancang Guna Laluan Serentak Ke Gaza

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Perdana Global Peace Organisation (PGPO) merancang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza menerusi penggunaan semua laluan secara serentak selepas dua percubaan sebelum ini disekat rejim Zionis.

Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lalu, Israel menyekat bantuan yang disalurkan menerusi jalan darat di Mesir, dan baru-baru ini pula, merampas serta menyerang kapal yang cuba menghantar bantuan melalui laut.

"Dah dua kali gagal. Kali ini kita gunakan semua laluan serentak...laut dan darat. Kita mahu tunjukkan perpaduan kita dalam menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Jom Pakat Pi Tengok Bola" di Menara Alor Setar di sini, malam tadi.

Beliau berkata, walaupun pihaknya berasa seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu penduduk Gaza berikutan sekatan serta halangan oleh rejim zionis, namun demi kemanusiaan, usaha menyalurkan bantuan perlu diteruskan.

"PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu) gagal desak Zionis. Desakan demi desakan oleh masyarakat duniapun tidak berkesan. PBB dan keluarkan lebih 80 resolusi mengecam Israel, tetapi sampai sekarang tiada tindakan. Israel terus langgar undang-undang antarabangsa.

"Sepatutnya, sekatan yang dikenakan ke atas Gaza sekarang dikenakan pula ke atas Israel. Masyarakat dunia boleh kenakan sekatan ekonomi dan politik sehingga Israel akur. Tetapi malangnya, Israel dapat sokongan Amerika Syarikat dan negara Barat," katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagaimanapun, usaha membantu penduduk Gaza mesti diteruskan dan tindakan Malaysia dalam perkara itu sentiasa diperhatikan masyarakat dunia.

Beliau berkata pihaknya akan meminta bantuan Wisma Putra bagi menjayakan rancangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) menganjurkan Misi Konvoi Ramadan ke Gaza dengan mengumpulkan seramai 500 aktivis menjelang bulan puasa Ogos ini.

"Kita akan minta Wisma Putra runding dengan Mesir untuk membuka sempadan Rafah. Kita nak pergi beramai-ramai ke Gaza bukan hanya hantar makanan, tetapi sama-sama meraikan bulan Ramadan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan