Nik Nazmi Dilantik Pengarah Komunikasi PKR

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pelantikan itu mengesahkan desas-desus bahawa beliau bakal melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disandangnya sejak tahun 2008 berkuat kuasa semalam.

Difahamkan, pengumuman mengenai pelantikan itu akan dibuat oleh PKR dalam masa terdekat.

Bagaimanapun sumber memberitahu mStar Online, belum ada calon yang disebut-sebut bakal menggantikan kedudukannya di Pejabat Menteri Besar.

"Peletakkan dan pelantikan Nik Nazmi tidak ada kena-mengena kononnya hubungannya dengan Tan Sri (Abdul Khalid) dingin atau tak sehaluan.

"Tapi beliau mahu menumpukan sepenuhnya kepada tugas barunya," kata sumber itu lagi.

Berdasarkan laman web rasmi PKR, www.keadilanrakyat.org, Pengarah Komunikasi sekaranag ialah Jonson Chong.

Semalam laporan akhbar menyebut dakwaan Nik Nazmi yang dikatakan tidak mengetahui spekulasi tersebut yang turut mengaitkan hubungannya dengan Abdul Khalid ketika ini 'bermasalah'.

Malah beliau menafikan desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha Politik dalam tempoh terdekat ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan