K'jaan Tak Akan Wajibkan Ambil Profil DNA Semua Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa bukanlah satu keperluan pada masa ini untuk kerajaan menyimpan profil asid deoksiribonukleik (DNA) semua rakyat Malaysia. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, setakat ini peruntukan Akta Identifikasi DNA 2009 adalah dikehendaki menyimpan dan menyelenggarakan profil DNA daripada indeks seperti indeks suspek, indeks tempat kejadian jenayah dan indeks orang hilang.

"Objektif utama Bank Data DNA menyimpan dan menyelenggara indeks ini adalah bagi maksud pengenalpastian manusia berhubung dengan penyiasatan forensik," katanya menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) di sini.

Md Sirat ingin tahu sama ada kementerian bercadang menguatkuasakan penggunaan bank DNA supaya semua rakyat di negara ini mempunyai rekod DNA dan boleh digunakan untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu kes yang berlaku.

Abu Seman berkata, profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang disimpan dan diselenggarakan dalam Bank Data DNA boleh digunakan untuk membantu dalam penemuan atau pengenalpastian jasad manusia daripada sesuatu bencana dan pengenalpastian orang yang masih hidup atau yang telah mati.

"Buat masa kini tiada negara yang ada Bank Data DNA untuk keseluruhan rakyatnya. Ini kerana analisis DNA melibatkan kos yang sangat tinggi daripada segi membangunkan infrastruktur makmal DNA dan reagen-reagen kimia yang diperlukan dalam analisis tersebut," ujar beliau.

Menjawab soalan Md Sirat sama ada keputusan ujian DNA boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang, Abu Seman berkata setakat ini mahkamah menerima bukti DNA, namun tidak ada dinyatakan bahawa pembuktian keterangan DNA adalah satu keterangan yang konklusif.

"Proses pengambilan sampel DNA adalah atas dasar sukarela dan kebenaran individu, sebelum dihantar oleh pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Jabatan Kimia untuk dianalisis," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan