Kini Hanya Satu Lesen Untuk Barang Kawalan; Boikot Dibatalkan

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju untuk mengeluarkan hanya satu lesen bagi menjual barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak bagi meringankan beban peruncit dan peniaga menjual barangan berkenaan.

Lesen itu juga membolehkan mereka menjual tiga lagi barangan kawalan iaitu petrol, diesel dan gas memasak.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkembangan terbaru ini berkata, lesen menjual barang kawalan itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini.

"Semua lesen menjual barang kawalan akan diseragamkan menjadi satu lesen, maka peniaga hanya perlu memohon satu lesen saja menjual barang kawalan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Turut hadir sama ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia Lean Hing Chuan.

Mereka sebelum itu mengadakan perbincangan berhubung isu penjualan bekalan gula bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama kira-kira 40 minit.

Selaras dengan itu, Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia bersetuju membatalkan boikot menjual barangan kawalan selepas mereka bersetuju dengan keputusan kerajaan melonggarkan syarat lesen menjual barang kawalan berkenaan.

Minggu lepas, persekutuan itu mahu melancarkan boikot penjualan gula bermula semalam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengenakan lesen bagi menjual gula dengan alasan dibebani pelbagai syarat lesen bagi menjual barang kawalan lain.

Sebelum ini lesen menjual tiga barang kawalan terbabit perlu diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan manakala lesen untuk menjual beras daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata beliau bersama Liow, yang juga Menteri Kesihatan, akan membangkitkan keputusan itu dalam mesyuarat Kabinet untuk membolehkan semua lesen penjualan barang kawalan diseragamkan.

"Saya juga akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mempermudahkan permohonan lesen penjualan barang seperti alkohol, pemadam api kebakaran dan signboard yang berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan," katanya.

Sementara itu, Lean berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang dianggap amat memahami masalah yang ditanggung peruncit.

"Kami dengan ini menarik balik keputusan untuk memboikot menjual barang kawalan selepas kerajaan sudi mendengar dan menerima masalah yang dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata dalam pertemuan itu juga perkara yang turut dibangkitkan pihaknya kepada kementerian termasuk membenarkan mereka menyimpan stok barangan kawalan sehingga 500kg dan 200kg di kawasan sempadan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan