Kerajaan Tidak Perlu Gubal Akta Anti Lompat Parti

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu mengadakan Akta Anti Lompat Parti sebagaimana yang didesak Pengerusi DAP Karpal Singh.

"Tidak perlu kerana sebelum ini pihak pembangkang tidak berkata apa-apa apabila wakil rakyat Barisan Nasional lompat parti," katanya menjawab soalan pemberita di sini Rabu.

Dr Mahathir ditemui selepas melancarkan anak syarikat kumpulan Mutiara Motors, M7 Racing Sdn Bhd dan merasmikan Pusat Penyelidikan & Pembangunan M7 di Bangunan Mutiara Motors Larkin di sini.

Karpal dilaporkan mengulangi gesaannya kepada kerajaan agar mempertimbangkan akta itu bagi memastikan wakil rakyat mengosongkan kerusi mereka selepas keluar parti masing-masing.

Ini berikutan tindakan mengejut ADUN Malim Nawar di Perak, Keshwinder Singh yang keluar parti DAP semalam dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Menjawab satu soalan, Tun Dr Mahathir berkata wakil rakyat bebas mempunyai peranan tersendiri iaitu menegur pihak pembangkang atau BN sekiranya mana-mana pihak itu melakukan kesilapan.

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang turut ditemui berkata akta itu tidak perlu digubal kerana bertentangan dengan sistem demokrasi negara ini.

"Saya tidak setuju sebab kalau kita adakan akta yang sedemikian bermakna kita menghalang proses demokrasi," katanya.

Ibrahim percaya mereka yang keluar parti adalah kerana tidak berpuas hati dengan perjuangan parti mereka dan bukannya disogok atau dibeli oleh mana-mana pihak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan