Karpal Ulangi Desakan Gubal Undang-Undang Anti-Lompat Parti

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh mengulangi desakannya supaya kerajaan mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti-lompat parti atau kod etika untuk ahli politik bagi memastikan wakil rakyat yang keluar parti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Desakan itu dibuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh yang keluar daripada parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Karpal berkata, sudah menjadi trend masa kini ahli politik keluar daripada parti tetapi memilih untuk kekal sebagai wakil rakyat.

“Secara etikanya, mereka sepatutnya turut keluar daripada kedudukan itu (wakil rakyat) kerana mereka sebelum ini telah diundi dalam gabungan politik sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Keshvinder mesti melakukan perkara ini secara terhormat dengan mengosongkan kedudukannya sebagai ADUN," katanya.

Katanya lagi, pengundi di kawasan Malim Nawar memilih Keshvinder mewakili DAP bukan sebagai individu.

"Jadi lebih baik apabila keluar DAP, kosongkan kerusi yang dipilih rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, sebagai pengerusi DAP, beliau akan memberi jaminan bahawa parti itu akan menyokong BN sepenuhnya yang mendominasi Parlimen bagi meluluskan rang undang-undang yang boleh menghalang perbuatan lompat parti.

Menurutnya, ini juga untuk memastikan ahli politik mematuhi kod etika yang kukuh terutama sejak kemunculan seakan-akan sistem dua parti di negara ini.

Karpal berkata, di bawah Perlembagaan Persekutuan Artikel 10 (1) (c), rakyat Malaysia dibenarkan untuk menubuhkan pertubuhan dan ia menterjemahkan dengan jelas bahawa ahli politik dibenarkan melompat parti atau menjadi wakil rakyat Bebas.

Terdapat juga klausa dalam undang-undang berkenaan di mana telah menetapkan mereka yang meletakkan jawatan sebagai wakil yang dilantik tidak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun, tetapi boleh dilakukan sekiranya wakil rakyat terbabit menghilangkan diri tanpa sebab munasabah dalam tempoh enam bulan.

Ini secara automatik akan membatalkan kemenangan mereka dalam pilihan raya dan wujud satu kekosongan dalam kerusi mereka, jelas Karpal.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika ditanya enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke yang menyokong pendirian Karpal berkata, Keshvinder perlu mempunyai alasan kukuh berbuat demikian tetapi beliau perlu mengosongkan kerusinya, tanpa mengira sebarang salah faham dengan parti.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan