Ibrahim "Promet" Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Taikun Tan Sri Ibrahim Mohamed (gambar), yang dikenali mesra sebagai "Ibrahim Promet", kembali ke rahmatullah di Pusat Perubatan Prince Court di sini semalam kerana serangan jantung. Beliau berusia 68 tahun.

Anak perempuan sulung beliau, Aishaf Falina, 41, memberitahu BERNAMA bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas di Ampang selepas solat Asar. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Ibrahim merupakan seorang ahli perniagaan terkenal yang memainkan peranan penting dalam memupuk syarikat-syarikat seperti Uniphoenix Corporation Bhd dan Damansara Realty Bhd.

Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Uniphoenix dan Ketua Eksekutif Damansara Realty.

Beliau telah memegang beberapa jawatan termasuk Pengerusi dalam beberapa syarikat senaraian awam.

Syarikat-syarikat itu ialah Genting Highland Hotel Bhd (kini dikenali sebagai Genting Bhd, 1976 - 1979), General Ceramics Bhd (kini GCB Corporation Bhd, 1976-1979) dan Promet Bhd (1980-1986).

Beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Urusan Idris Hydraulic (M) Bhd (1983-1986) dan Timbalan Pengerusi Koperasi Usaha Bersatu (M) Sdn Bhd yang merupakan koperasi milik kerajaan (1983-1986) dan Permodalan Bersatu Bhd.

Ibrahim yang menerima latihan sebagai seorang peguam, melibatkan diri dalam bidang guaman dari 1970 hingga 1978 sebelum menceburi perniagaan di dalam dan luar negara.

Sebelum kematiannya, beliau memegang jawatan Pengerusi Eksekutif WRP Asia Pacific Sdn Bhd dan TSI Holdings Sdn Bhd.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan