Bangunan Baru Parlimen: Lepas Semua Bantah Kini Kabinet Pertimbang PICC

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai pihak mempersoalkan hasrat kerajaan untuk membina sebuah bangunan parlimen yang baru di Putrajaya dengan menelan kos perbelanjaan RM800 juta, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai bangunan Parlimen yang baru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata majoriti anggota Parlimen juga bersetuju dengan cadangan itu memandangkan kedudukan PICC yang strategik.

"Kabinet telah memutuskan agar JKR (Jabatan Kerja Raya) menyediakan laporan termasuk kos mengambil alih sekiranya kita setuju mengambil PICC untuk dijadikan Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu bagaimanapun akan dibuat selepas kerajaan menerima laporan penuh JKR.

"Kalau laporan sudah siap dan kita tak setuju, maka kita akan tetap di sinilah," katanya.

Ditanya bilakah laporan itu dijangka siap, Mohamed Nazri berkata, tidak ada tempoh ditetapkan namun arahan telah diberi kepada agensi tersebut kira-kira tiga minggu lepas.

Beliau berkata, kerajaan juga akan hanya menggunakan peruntukan untuk menaiktaraf bangunan sedia.

"Kerana bangunan itu (PICC) telah ada di sana, kita tak perlu bina bangunan baru. Kalau kita nak sediakan peruntukkan, kita hanya belanjakan pada bangunan sedia ada, bukan untuk membina bangunan baru," katanya.

Mohamed Nazri sebelum ini dilaporkan berkata Jemaah Menteri telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

Beliau juga dilaporkan berkata kos pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan belanja RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada. Bagaimanapun, pelbagai pihak termasuk parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA sendiri tidak setuju sebuah bangunan baru -parlimen dibina di Putrajaya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan