Ar-Rahnu Mampu Tangani Gejala 'Ah Long' - PM

Diterbitkan: Rabu, 16 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perdana Menteri berkata, sistem gadaian Islam mikro kredit wajar diperluaskan ke seluruh negara kerana sistem berkenaan mampu membantu pembangunan ekonomi setempat dan menaikkan taraf hidup rakyat.

Kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sejumlah 4.3 juta rakyat negara ini sudah menikmati skim itu dalam memberi pinjaman segera kepada peniaga dan mereka yang memerlukan wang segera.

Katanya, sistem gadaian Islam mikro kredit itu memberikan kemudahan yang terbaik kerana ianya bersandarkan syariah Islam yang menepati kehendak pengguna dengan kadar pinjaman yang munasabah.

"Saya cukup minat dengan sistem pajak gadai Islam ini, ianya juga adil boleh tebus semula. Sistem itu jauh lebih baik dengan tiada penipuan tidak seperti "Ah Long" yang cuba memerangkap mangsa dengan kadar faedah yang terlalu tinggi.

"Ar-Rahnu mampu mengurangkan dan membantu membasmi gejala haram "ah long" yang berleluasa di negara kita," katanya ketika berucap melancarkan Ar-Rahnu Bank Islam Malaysia Berhad di sini hari ini.

Najib berkata, apa yang membanggakan Malaysia adalah negara diiktiraf sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa yang terbaik di London.

Beliau berkata, sebelum ini sistem gadaian diperkenalkan pada kurun ke-19 kepada pelombong bijih timah namun ianya didapati membebankan golongan berpendapatan rendah.

"Justeru itu, kerajaan mencadangkan satu alternatif sistem pajak gadai melalui perkhidmatan Ar-Rahnu yang sesuai dengan syariat Islam. Ianya satu lagi instrumen kewangan Islam," katanya.

Beliau berkata, skim ini merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya bagi modal perniagaan secara kecil-kecilan.

Katanya, lebih 4.3 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada program mikro kredit Ar-Rahnu ini, yang telah diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia pada tahun 1993.

Najib menambah, kerajaan amat peka dalam memastikan pelbagai lapisan masyarakat sama ada yang terdiri daripada syarikat terulung, syarikat Industri Kecil Sederhana mahu pun para peniaga kecil supaya mempunyai akses kepada pembiayaan kewangan.

"Inilah sebabnya saya telah menekankan pembiayaan Ar-Rahnu ini di dalam ucapan Bajet 2010 yang telah dibentangkan pada Oktober yang lalu," katanya.

Beliau berkata, Ar Rahnu mempunyai kelebihan. kerana dalam memberi nilai gadaian yang sepatutnya, tidak mempunyai unsur riba, nilai gadaian yang tidak merosot, wang lebih gadaian yang dipulangkan.

"Malahan tempoh pembayaran balik yang munasabah, dan pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelongan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan