Ribut Rosakkan 18 Rumah Di Bagan Datoh - Berita Semasa | mStar

Ribut Rosakkan 18 Rumah Di Bagan Datoh

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Bumbung 18 buah rumah di tiga buah kampung di Mukim Rungkup di sini rosak diterbangkan angin dalam satu kejadian ribut yang berlaku petang semalam yang membabitkan kerugian RM20,000.

Ribut yang melanda Kampung Sungai Haji Muhammad, Kampung Parit Serong dan Kampung Sungai Balai Darat pada pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan 32 hektar kebun pisang milik penduduk di tiga kampung berkenaan rosak membabitkan kerugian RM160,000.

Salah seorang mangsa, Siti Nurhayati Abdul Hamid, 27, mendakwa mengalami kerugian RM4,500 apabila bumbung warung kedainya di Kampung Sungai Haji Muhammad diterbangkan angin dalam kejadian ribut berkenaan.

"Kejadian berlaku dalam masa lima minit ketika saya sedang memasak di dapur untuk pelanggan dan tiba-tiba saya lihat atap zink diterbangkan angin dan terus berlari menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi mangsa, Hariri Hashim, 66, berkata, beliau sedang menunaikan sembahyang Asar apabila tiba-tiba mendengar dentuman kuat di bahagian bumbung rumahnya.

"Saya bersyukur kerana tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku," katanya yang mendakwa mengalami kerugian RM5,000 akibat kejadian ribut itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Haji Muhammad, Mustapa Hatib, 65, berkata, semua mangsa ribut telah membuat laporan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melakukan bancian kerosakan yang dialami oleh mangsa ribut tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan