Program Bulan Madu Kali Kedua T'ganu Berkesan, Akan Diteruskan: Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu bagi memperluaskan program bulan madu kali kedua atau 'Second Honeymoon' kepada pasangan yang menghadapi masalah rumahtangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, lapan siri program itu akan diadakan sepanjang tahun ini.

"Lapan program lagi akan diadakan tahun hadapan dengan setiap program melibatkan 15 pasangan suami isteri terutamanya yang telah berkahwin lima tahun.

"Mengikut kajian cabaran paling besar dihadapi pasangan berkahwin ialah dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi program 'Smartstart: 2ND Honeymoon' antara YPK dan LPPKN di sini hari ini.

Pada majlis itu YPK diwakili Pengarahnya, Mohd Shafarudin Mustafa manakala LPPKN diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Aminah Abdul Rahman dengan disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan Shahrizat.

Shahrizat berkata, walaupun kadar perceraian di negara ini masih rendah daripada segi bilangannya, namun ia makin bertambah di mana tahun 2006 sebanyak 19,463 perceraian berlaku dan bertambah kepada 25,426 pada tahun 2008.

"Perhatian serius perlu diberi untuk menangani masalah ini. Saya sangat menghargai inisiatif kerajaan negeri Terengganu khususnya YPK mengadakan program bulan madu kali kedua untuk membantu keutuhan perkahwinan," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk program itu dan sebanyak RM53,600 telah dibelanjakan bagi empat program yang diadakan sebelum ini melibatkan 67 pasangan.

Pada perjanjian itu, LPPKN dan YPK akan bekerjasama melaksanakan program Smartstart: 2nd Honeymoon di mana LPPKN akan menyediakan keperluan seperti kaunselor untuk sesi kaunseling manakala YPK sendiri akan menentukan tempat program itu akan diadakan.

Katanya, pasangan yang terpilih terdiri daripada pasangan yang menemui kaunselor. Setakat ini, 67 pasangan terpilih dihantar ke Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

"Kita ingin menyelamatkan pasangan daripada perceraian. Kebanyakan yang terpilih ialah pasangan yang difikirkan ada masalah. Mungkin kalau tidak dirapatkan kembali akan berlaku perceraian dan sebagainya.

"Kita lihat ada pasangan yang kembali mesra setelah menyertai program ini. Kalau kita dapat menyelamatkan satu dua pasangan daripada bercerai, ini merupakan satu kejayaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan