Penjawat Awam Tidak Perlu Berpolitik Untuk Naik Pangkat

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen hari ini mahu penjawat awam agar tidak mengamalkan politiking bagi mendapatkan sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata, budaya itu akan menjejaskan pentadbiran dan kecekapan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

"Nak naik pangkat pun berpolitik, melobi. Ini satu budaya yang sangat tidak baik dan jejaskan kecekapan perkhidmatan yang perlu dibawa oleh kakitangan kerajaan," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tajuddin berkata, selain berpolitik, penjawat awam juga diingatkan agar meningkatkan tahap penyampaian kepada rakyat dan tidak gila kuasa serta membuat keputusan sesuka hati.

"Mereka ini boleh buat keputusan yang lebih hebat dan dahsyat dari menteri, ini yang disebut 'Little Napolean' dalam jabatan kerajaan, ini harus dihapuskan kalau nak lihat perkhidmatan kerajaan yang cekap.

"Imbuhan atau penghargaan kepada kakitangan kerajaan mesti berdasarkan prestasi bukan berdasarkan berapa lama dia bekerja, must based on meritocracy not based on seniority," katanya.

Tajuddin berkata, kerajaan juga perlu mengambil perhatian terhadap kebajikan dan kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam bagi mengelakkan moral dan semangat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat terjejas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan