Nik Aziz Tak Mahu Jadi Pemimpin Nombor Satu Negara

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak berhasrat sama sekali untuk menjadi pemimpin utama negara seandainya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan selepas pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau berkata, orang yang paling sesuai untuk memimpin Malaysia, ialah penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun ada yang mencadangkan nama saya tetapi saya tidak mahu. Saya selalu kata Anwar adalah orang yang paling sesuai untuk menerajui Malaysia kerana dia telah melalui ujian fizikal dan moral.

“Jika saya dipilih sekali pun saya akan serahkan kepadanya (Anwar),” kata Nik Aziz kepada para pemberita semalam selepas merasmikan simposium anjuran Persatuan Biologi Tulen Malaysia di sini.

Nik Aziz diminta mengulas pendapat beberapa perwakilan ke Muktamar PAS yang berakhir semalam supaya beliau menerajui Pakatan Rakyat sebagai mursyidul am selepas lebih 20 tahun memimpin Kelantan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan