MIC Mahu Pemberian Biasiswa JPA Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu merayu kepada kerajaan untuk menimbang semula keputusan mengurangkan secara beransur-ansur pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

Beliau berkata ia akan menjadi tidak adil dan saksama kepada pelajar dari keluarga miskin.

Di samping itu beliau juga menyeru kerajaan supaya memberi biasiswa tambahan kepada pelajar bukan bumiputera terutama kepada pelajar kaum India untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tahun ini.

"Pelajar pintar terutama dari keluarga miskin akan dinafikan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelum ini berkata kerajaan akan mengurangkan pemberian 1,500 biasiswa JPA untuk pengajian ijazah luar negara mulai tahun depan.

Katanya pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka seperti Cambridge dan Oxford masih boleh memohon biasiswa. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan