Malaysia Jamin Perlindungan Lebih Baik Untuk Pembantu Rumah Asing

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kuala Lumpur memberi jaminan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bahawa beberapa langkah telah diambil bagi meningkatkan faedah serta perlindungan kepada pembantu rumah warga asing di Malaysia menerusi usaha kerjasama dua hala.

Bercakap pada sesi ke-99 Persidangan Buruh Antarabangasa di Geneva hari ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam menyebut perjanjian Surat Hasrat antara Kuala Lumpur dan Jakarta yang ditandatangani baru-baru ini bagi memberi satu dimensi baru kepada pengambilan pekerja domestik di Malaysia.

Indonesia memberhentikan bekalan pembantu rumahnya ke Malaysia pada Jun lepas berikutan beberapa kes penderaan pembantu rumah dan ketiadaan faedah pekerjaan, termasuk gaji minimum bulanan dan cuti sehari bagi setiap minggu.

Bulan lepas, kedua-dua negara bersetuju dengan terma-terma perjanjian yang telah disemak semula dan dijangka menandatangani satu memorandum persefahaman baru tidak lama lagi, yang bakal menyaksikan Indonesia menarik balik larangan pembantu rumahnya ke negara ini.

Dr Subramaniam memaklumkan mesyuarat ILO bahawa dalam proses merumuskan instrumen buruh antarabangsa, pertimbangan harus diberikan kepada undang-undang sedia ada dan peraturan yang terdapat di negara anggota.

"Kita perlu memastikan terdapat elemen fleksibiliti bagi memberi peluang untuk mengesahkannya pada tarikh selepas itu," katanya.

Teks ucapan beliau difakskan ke sini, hari ini.

Dianggarkan seramai 224,544 pekerja domestik dari Indonesia, Filipina dan Kemboja berada di Malaysia ketika ini.

Menteri itu memuji ILO kerana turut memasukkan agenda kerja yang wajar bagi pekerja domestik dalam persidangan tahun ini.

"Malaysia mengiktiraf dan memuji langkah mulia yang dilakukan ILO dalam melihat isu berhubung pekerja domestik secara keseluruhan dan usaha menjadikannya satu pekerjaan yang memuaskan," katanya.

Dr Subramaniam turut memuji langkah ILO memulakan inisiatif dengan memfokus kepada HIV/AIDS, kerana "ia akan memberi dorongan baru terhadap langkah pelaksanaan program pencegahan di peringkat nasional dan tempat kerja." Beliau berkata di Malaysia, dianggarkan seramai 87,710 orang dijangkiti HIV dan 13,394 mati disebabkan AIDS antara 1986 dan 2009.

"Berdasarkan angka ini, tidak dapat dinafikan bahawa hampir 90 peratus mereka yang disahkan menghidap HIV/AIDS merupakan golongan pekerja," katanya.

Beliau juga berkata Malaysia telah memberikan maklum balas yang positif kepada Global Jobs Pact yang diwujudkan ILO selepas krisis kemelesetan ekonomi global tahun lepas, menerusi pelbagai inisiatif buruh dan ekonomi.

Global Jobs Pact direka untuk memberi panduan kepada negara anggota ILO mengenai polisi mereka ke arah merangsang pemulihan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyediakan perlindungan kepada pekerja serta keluarga masing-masing.

Dr Subramaniam berkata kerajaan Malaysia telah melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi pada 2008 dan 2009 berjumlah RM67 bilion.

"Untuk buruh, menerusi Kementerian Sumber Manusia Malaysia, sejumlah RM650 juta diperuntukkan bagi membantu pekerja Malaysia yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan