JI Rekrut IPT

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Jemaah Islamiah didakwa melatih pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dalam usaha menghidupkan kembali perjuangan kumpulan pengganas berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata kumpulan berkenaan dikatakan cuba merekrut penuntut universiti dan remaja tempatan untuk berjihad di luar negara yang melibatkan 20 hingga 30 penuntut.

"Trend ini amat membimbangkan kerana terbukti anasir-anasir militan kini telah mengubah taktik dan strategi mereka dalam merekrut anggota baru terutamanya untuk tujuan berjihad di luar negara," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Menurut Musa, kumpulan berkenaan cuba menarik minat golongan remaja untuk menyertainya kerana pada masa sekarang golongan itu tertarik dengan panggilan untuk berjihad menerusi ceramah-ceramah yang mereka dengar.

"Polis akan memantau pelajar-pelajar yang mendengar sebarang ceramah yang membawa kepada pergolakan dan keselamatan negara.

"Kita perlu berhati-hati dengan ideologi yang dibawa oleh warga asing untuk mendapatkan sokongan daripada pelajar-pelajar tempatan," katanya.

Tegasnya, bagi membanteras perkara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 10 individu yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI) sejak awal tahun ini.

Musa berkata 10 anggota warga asing itu merupakan saki baki dari kumpulan JI yang terus berusaha untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka.

"Anggota-anggota terbabit yang mendapat sokongan daripada rakyat tempatan telah ditangkap di merata tempat sejak enam bulan lepas dan telah diusir keluar dari negara ini," katanya. JI ialah merupakan sebuah kumpulan pejuang agama yang berdedikasi untuk mendirikan sebuah negara Islam raya di Nusantara khususnya Indonesia, Singapura, Brunei, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Sepuluh anggota JI itu adalah kumpulan yang berasingan daripada 10 individu termasuk sembilan warga asing yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal tahun ini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan