Jenazah Bekas Timbalan Presiden PAS Dikebumi Di Gombak

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Timbalan Presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur (Taman Selasih 2), Gombak dekat sini kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di perkarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 2 petang semalam dipercayai akibat sakit jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan lima anak perempuan serta seorang lelaki. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan