Pusat Kecemerlangan Untuk OKU Diwujudkan

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) akan mewujudkan pusat kecemerlangan untuk meningkatkan modal insan dan melahirkan kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdikari.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Taman Sinar Harapan Bukit Besar, di sini, dijadikan projek perintis untuk perancangan itu.

"Jika projek perintis ini berjaya, ia akan dilaksanakan di semua taman sinar harapan seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sumbangan YKN di sini, hari ini.

Beliau berkata Taman Sinar Harapan Bukit Besar kini menempatkan 76 kanak-kanak kelainan upaya berumur 14 tahun ke bawah terdiri daripada lelaki dan perempuan dan daripada pelbagai bangsa dan agama.

Katanya kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran itu boleh dilatih untuk berdikari atau sekurang-kurangnya berupaya untuk bekerja menerusi teknologi pendidikan canggih yang akan disediakan dalam projek berkenaan.

"Antara pengisiannya ialah penyediaan modul pembelajaran yang bersesuaian seperti terapi muzik berinovasi yang mengikut pakar akan membantu golongan ini meningkatkan kegunaan motor dan kognitif anggota badan mereka.

"Selain itu beberapa program lain seperti program pemerkasaan ekonomi juga akan diperkasa kerana kita mahu pastikan bila kita serahkan mereka kepada komuniti mereka berupaya untuk kerja dan berdikari," katanya.

Katanya perancangan terbaru kerajaan itu bertujuan memastikan khidmat yang diberikan kepada OKU seluruh negara kekal relevan dan berupaya membantu golongan itu.

Shahrizat berkata YKN juga menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Taman Sinar Harapan Bukit Besar bagi menampung keperluan penambahbaikan taman terapi yang lebih dikenali dengan nama Taman Teraputik YKN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan