NUTP Sokong Bahasa Mandarin, Tamil Diwajibkan Di Sekolah Kebangsaan

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia menyokong usaha untuk menjadikan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran wajib di sekolah kebangsaan.

Presidennya Hashim Adnan berkata keputusan kerajaan untuk mengkaji kemungkinan melaksanakan langkah itu adalah wajar kerana bahasa adalah saluran tepat untuk menyatupadukan rakyat.

"Ia merupakan langkah yang menggunung, tapi kalau kita tak mulakan sekarang, bila lagi," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan mengkaji untuk mewajibkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi membolehkan pelajar pelbagai kaum di negara ini menguasai lebih daripada dua bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Muhyiddin yang ketika itu merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan berkata demikian sebagai mengulas cadangan daripada Presiden PPP Datuk M Kayveas yang meminta supaya kedua-dua bahasa itu dijadikan subjek wajib dalam sistem pendidikan negara ketika berucap sebelum itu.

Bagaimanapun, kata Hashim persediaan rapi perlu diambil sebelum cadangan itu direalisasi agar tidak membebankan guru dan pelajar.

Selain memastikan tenaga pengajar mencukupi, beliau berkata penyesuaian waktu pembelajaran juga perlu dilakukan agar tidak mengganggu perjalanan kelas biasa.

"Katakan ia perlu diajar tiga waktu seminggu, bila ia perlu diajar? Adakah ia akan melibatkan waktu persekolahan yang lebih panjang? Kalau ya, bagaimana dengan murid-murid yang ada sekolah agama pada waktu petang," katanya.

Hashim berkata waktu persekolahan yang lebih panjang juga akan mengganggu perjalanan sekolah yang mempunyai dua sesi, justeru kerajaan harus mengambil kira aspek prasarana seperti pertambahan bilik darjah.

Beliau berkata sukatan pelajaran bagi kedua-dua subjek itu juga tidak boleh diambil terus daripada sekolah jenis kebangsaan, sebaliknya perlu dipermudahkan memandangkan pelajar lain secara amnya tidak mempunyai pengetahuan asas kedua-dua bahasa berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan