Nik Aziz Tak Mahu Jadi Pemimpin Nombor Satu Negara

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak berhasrat sama sekali untuk menjadi pemimpin utama negara seandainya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan selepas pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau berkata, orang yang paling sesuai untuk memimpin Malaysia, ialah penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun ada yang mencadangkan nama saya tetapi saya tidak mahu. Saya selalu kata Anwar adalah orang yang paling sesuai untuk menerajui Malaysia kerana dia telah melalui ujian fizikal dan moral.

“Jika saya dipilih sekali pun saya akan serahkan kepadanya (Anwar),” kata Nik Aziz kepada para pemberita hari ini selepas merasmikan simposium anjuran Persatuan Biologi Tulen Malaysia di sini.

Nik Aziz diminta mengulas pendapat beberapa perwakilan ke Muktamar PAS yang berakhir semalam supaya beliau menerajui Pakatan Rakyat sebagai mursyidul am selepas lebih 20 tahun memimpin Kelantan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan