Musa Hassan Nafi Tidak Akan Letak Jawatan - Berita Semasa | mStar

Musa Hassan Nafi Tidak Akan Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Inggeris hari ini yang mendakwa beliau tidak akan meletakkan jawatan dan akan kekal dalam jawatannya itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Bukit Aman malam ini, Musa menafikan sekeras-kerasnya laporan terbabit dan berkata tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan secara bertulis atau pun lisan kepada mana-mana media.

"Malah para wartawan atau wakil media yang hadir dalam sidang akhbar yang diadakan selepas perhimpunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini tidak mengemukakan sebarang soalan berkaitan," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu PDRM ingin menasihatkan media supaya mendapatkan fakta-fakta yang sahih dan disahkan benar daripada pegawai-pegawai berkenaan.

Mereka juga boleh menghubungi pusat media PDRM Bukit Aman sebelum menyiarkan sesuatu perkara yang diragukan kesahihannya, menurut kenyataan itu. Akhbar itu melaporkan bahawa Musa berkata demikian selepas perhimpunan tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan