Kumpul Tanda Tangan Sokong Usul Kecam Israel Di PBB

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Usaha mengumpul tanda tangan di kalangan rakyat Malaysia bagi menyokong usul mengecam Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dilakukan tidak lama lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usaha tersebut diputuskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini selepas usul khas berkenaan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Isnin lalu.

"Jika usul tergempar yang dibentang di Dewan Rakyat boleh diterima sebulat suara tanpa mengira fahaman politik, jadi apa alasan masyarakat untuk tidak menyahut cabaran dan usul ini," katanya di sini semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri turut berkata beliau akan meminta Wakil tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon bagi menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang akan mengusulkan perkara tersebut.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata gerakan mengumpul tanda tangan akan dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan termasuk Aman Malaysia.

"Usaha ini (mengumpul tanda tangan) mungkin nampak kecil tetapi gelombang kecil ini kalau ada cetusan yang boleh menyedarkan, boleh menjadi gelombang besar dan tidak mustahil menjadi tsunami," tegasnya.

Israel melakukan kekejaman terbaru apabila menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga mengakibatkan sembilan sukarelawan antarabangsa di atas kapal itu terbunuh pada 31 Mei lalu.

Seramai 12 sukarelawan Malaysia turut berada di atas kapal milik Turki tersebut tetapi kesemua mereka terselamat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan