Kos Pembinaan Istana Negara Di Jalan Duta Bernilai Lebih RM800 Juta

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

"Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.

"Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara," katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini.

Nga ingin tahu kemudahan yang bakal dibina dan jumlah kos perbelanjaan pembinaan Istana Negara yang baru.

Yong berkata Istana Negara sedia ada di Jalan Istana pada asalnya merupakan banglo milik perseorangan yang dibina pada 1928 sebelum diambil alih dan diwartakan sebagai Istana Negara pada 1957.

"Kerajaan pada 2005 memutuskan bahawa telah tiba masanya dibina istana baru iaitu di Jalan Duta bagi menggantikan istana sedia ada. Projek Kompleks Istana Negara ini dijangka siap Februari tahun depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan