Bekas Naib Presiden LDP Sertai Gerakan

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Liew Yun Fah telah menyertai parti komponen Barisan Nasional, Gerakan.

Setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata Liew yang juga bekas naib presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan bekas Adun Merotai telah memohon menyertai parti dan permohonannya diluluskan baru-baru ini.

“Saya tidak dapat beritahu anda tarikh (permohonan) yang tepat, tetapi permohonannya diluluskan baru-baru ini," kata Teng kepada Bernama ketika dihubungi.

Liew kekal menjadi penyokong kuat BN dan tidak menyertai mana-mana parti selepas beliau dipecat oleh LDP, komponen BN di Sabah, pada Mei 2008 kerana dikatakan bertindak menentang parti itu pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Presiden LDP Datuk V. K Liew ketika dihubungi berkata Liew bebas menyertai mana-mana parti kerana beliau tidak lagi dengan LDP. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan