Bakke Salleh Dilantik Terajui Sime Darby

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOHD. BAKKE SALLEH
MOHD. BAKKE SALLEH

KUALA LUMPUR: Syarikat perladangan terbesar dunia, Sime Darby Berhad hari ini melantik Datuk Mohd Bakke Salleh sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan presiden kumpulan itu yang baru - genap sebulan selepas mereka mengarahkan bekas CEO, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, bercuti sehingga kontraknya berakhir 26 November depan.

Sime Darby dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perlantikan itu berkuatkuasa sebaik sahaja ia boleh dilaksanakan.

Mohd Bakke, 56, menurut kenyataan itu, telah dipilih berikutan kepakaran dan pengalamannya.

Mohd Bakke, yang berkhidmat sebagai Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (Felda Global), telah membuktikan kebolehannya menguruskan syarikat-syarikat besar, aktiviti pengstrukturan semula korporat dan kepakaran pengurusan dalam industri perladangan dan harta, katanya.

Beliau juga dipandang tinggi dalam sektor korporat.

Sebelum perlantikannya dalam Felda Global, Mohd Bakke berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Bhd, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Haji dan juga Pengarah Bahagian Harta Pengurusan Danaharta Bhd.

Sime Darby berkata ia akan membuat pengumuman selanjutnya sebaik sahaja perlantikan Mohd Bakke dilaksanakan.

Sebulan yang lalu, lembaga pengarah Sime Darby Bhd, mengarah Ahmad Zubir bercuti selepas syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu mengalami kerugian dianggar mencecah RM1.63 bilion.

Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam, berkata Lembaga Pengarah kumpulan itu memandang serius implikasi kerugian berkenaan yang disebabkan lebihan kos dan kelewatan pelaksanaan tiga projek minyak dan gas di Qatar serta pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Jawatankuasa Pencalonan Lembaga Pengarah telah ditugaskan untuk mencari calon bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Ahmad Zubir.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan