Anwar Dicabar Buktikan Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Ditawar RM2 Juta

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti beliau dan beberapa Ahli Parlimen arti Keadilan Rakyat (PKR) menerima RM2 juta kerana melompat parti.

Zahrain berkata, beliau sudah bosan dengan sandiwara Ketua Pembangkang itu yang terus menerus menuduh Ahli Parlimen yang keluar dari PKR kononnya menerima wang.

"Buktikan dakwaan itu, kenapa perlu berdolak dalik. Jika ada bukti saya sendiri pun teringin nak tengok," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Turut hadir, anggota konsensus Bebas yang lain iaitu Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim/Bandar Baharu dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Kata Zahrain, Parlimen adalah medan yang sesuai untuk Anwar mengemukakan bukti tersebut dan tidak hanya bercakap kosong.

Terdahulu pada sidang dewan, Anwar (PKR-Permatang Pauh) mendakwa Ahli Parlimen yang keluar dari PKR telah menerima RM2 juta dan mendakwa memiliki bukti-bukti tuduhan itu.

Zahrain ketika mencelah perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berkata, Anwar perlu berhenti dari terus menerus berbohong kepada rakyat.

"Bukan sahaja mengenai isu lompat parti ini, tengok saja isu 16 September yang diuar-uarkan kononnya telah mendapat persetujuan Yang Di-Pertuan Agung dan lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju lompat parti, apa telah jadi?" ujarnya.

Sementara itu, Choo Keong turut mempersoalkan peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dalam skandal pasir di Selangor yang dilihat tidak membawa sebarang perubahan dan hanya memberi janji palsu kepada rakyat.

"Tiada sebarang tindakan, malah pelaburan sebanyak RM40 bilion daripada negara Timur Tengah juga senyap.

"Beliau hanya mencari perhatian media, tidak lebih dari itu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan