751 Majikan Dikenakan Notis Kompaun Menerusi Ops Kesan Perkeso

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan notis kompaun kepada 751 majikan di seluruh negara menerusi "Ops Kesan" bagi tempoh 1 hingga 10 Jun lepas.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi Perkeso Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kesemua kompaun itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 5,806 premis majikan di seluruh negara.

"Daripada 751 majikan itu, 570 majikan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kerana gagal mendaftarkan perusahaan manakala 181 lagi didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5 akta sama, kerana gagal mendaftarkan pekerja," katanya pada pelancaran "Ops Kesan" peringkat Perkeso Johor Baharu, di Wisma Perkeso, di sini, hari ini.

Perkeso melakukan "Ops Kesan" di seluruh negara, selama sebulan mulai 1 Jun lepas, bagi mengesan majikan ingkar dan tidak mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Antara alasan keengganan majikan berdaftar dengan Perkeso adalah termasuk syarikat baru didaftarkan, status pekerja bersifat sementara, sambilan atau kontrak serta gaji pekerja dikira secara komisyen, katanya.

Dr Mohammed Azman berkata sejumlah 741,923 majikan direkodkan berdaftar dengan 46 pejabat Perkeso di seluruh negara, namun, hanya 344,825 daripadanya aktif melakukan caruman.

Sementara itu, Pengarah Perkeso Johor Che Hamid Che Ahmad berkata 135 notis kompaun dikeluarkan kepada majikan di sekitar bandar raya ini bagi tempoh sama.

"Daripada jumlah itu, 63 notis kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal mendaftarkan perusahaan dengan jumlah kompaun sebanyak RM31,500 manakala 72 notis lagi atas kegagalan mendaftarkan pekerja melibatkan jumlah kompaun RM36,000," katanya.

Sehingga April lepas, sebanyak 54,741 majikan direkodkan berdaftar dengan Perkeso Johor Baharu dengan 23,373 daripadanya masih aktif mencarum, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan