Shahrizat Terkejut Remaja Perempuan Merokok Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam meluahkan rasa terkejut dengan hasil kajian yang mendapati lebih ramai remaja perempuan di negara ini merokok berbanding remaja lelaki.

Beliau berkata jika hasil kajian itu mencerminkan keadaan sebenar, ianya adalah masalah serius yang mesti ditangani segera.

Kami akan dapatkan statistik sebenar remaja perempuan yang merokok, khususnya yang berumur 10 tahun merokok daripada Kementerian Kesihatan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat Parlimen Bagan Datoh, di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin semalam yang dilapor berkata hasil Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 menunjukkan peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding lelaki.

Selain menunjukkan hampir 29 peratus remaja perempuan merokok berbanding kira-kira 14 peratus remaja lelaki seusia, kajian juga mendapati remaja perempuan mula merokok pada usia 10 tahun.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Dewan Muslimat PAS agar satu kerusi Naib Presiden dalam parti tersebut diperuntukkan kepada wanita, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata beliau gembira pemikiran wanita PAS kini sealiran dengan rakan daripada Barisan Nasional.

"Kalau semua parti politik termasuk pembangkang meletakkan wanita pada peringkat (kepimpinan) tertinggi ini akan menjadikan masyarakat kita sensitif kalau tidak, peluang wanita akan tersekat di semua peringkat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan