Nik Aziz Umpama Mahatma Gandhi

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kaum India yang menyokong PAS menyifatkan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki peribadi seperti Mahatma Gandhi yang sentiasa disenangi rakyat.

Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), K. Deepakaran berkata, kebanyakkan orang India beranggapan Nik Abdul Aziz sama seperti Ghandi yang sentiasa mengamalkan sifat rendah diri dalam mendekatkan diri dengan rakyat.

Malah cara pemakaiaan Menteri Besar kelantan itu yang masih tidak berubah sejak menerajui pemerintahan negeri pada tahun 1990 turut menjadi tarikan.

"Biarpun sudah 20 tahun memerintah Kelantan, cara pemakaian dia tetap sama dengan serban dan jubah... tidak ada perubahan.

"Kalau sebelum ini kita lihat mana-mana Ahli Parlimen ataupun Anggota Dewan Undangan Negeri yang baru dipilih, dalam dua, tiga bulan sudah tukar pakaian mereka dengan bergaya... tapi bukan Nik Aziz," katanya ketika ditemui pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.

Menurut Deepakaran, sikap keterbukaan dan kesamarataan terhadap semua kaum yang diamalkan Nik Abdul Aziz dalam pemerintahannya telah menarik minat golongan bukan Islam untuk mendekati PAS.

Katanya lagi, kaum India yang menyokong parti itu hari ini tertarik setelah datang sendiri ke Kelantan yang menjadi nadi kekuatan PAS.

"Saya sendiri kagum dengan perjuangan Islam yang tidak membezakan kaum dan membenarkan kaum lain mengamalkan agama mereka," katanya.

Terdahulu semasa membahaskan ucapan Dasar Presiden, Deepakaran meminta supaya PAS memberikan ruang kepada penyokong bukan Islam agar mereka dapat sama-sama memberi sumbangan kepada parti itu.

"Kami harapkan agar diberikan ruang yang luas kepada DHPP untuk bergerak dalam PAS dan mengembangkan parti ini.

"Sebagai sayap baru PAS, kami akan sama-sama memainkan peranan yang sebaik mungkin," katanya.

Dalam ucapannya beliau turut mengusulkan agar DHPP dipilih untuk menganggotai jawatan ketua penghulu, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Jelas beliau, pemilihan ahli DHPP untuk kawasan penduduk bukan Islam merupakan strategi untuk mengelakkan tindakan sabotaj jika kerajaan negeri memilih secara rawak pemimpin berkenaan kerana ahli DHPP perlu melalui tapisan sendiri yang komited kepada PAS.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan