Nik Aziz Bidas Penggunaan Gelaran

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap perwakilan muktamar parti yang menggunakan gelaran yang boleh menyinggung perasaan pihak tertentu termasuk musuh politik.

Beliau berkata, sikap suka menggelar individu tertentu perlu dikikis bagi mengelakkan PAS sebagai parti yang mengamalkan prinsip dan ajaran Islam dilabel tidak matang dalam berpolitik.

"Kalau nak guna untuk seronok tu tak apa, tapi kalau boleh jangan guna langsung terutamanya hingga boleh lukakan hati mereka walaupun musuh.

"Macam semalam ada perwakilan guna gelaran 'suami Najib'... jangan pakailah perkataan-perkataan macam ini," katanya pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Beliau membuat teguran berkenaan selepas ada perwakilan semasa berbahas semalam menggunakan gelaran 'suami Najib' bagi merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu Nik Abdul Aziz mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

Menurutnya Nabi Muhammad SAW sendiri mengajar umatnya supaya memanggil seseorang itu tidak kira sesiapa sahaja dengan panggilan yang paling disenangi.

"Nabi ajar kita supaya bila nak sebut nama orang, sebutlah nama yang paling dia senangi.

"Kita jangan buat perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam," tegas beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan