Muktamar PAS Lulus Enam Usul

Diterbitkan: Ahad, 13 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam meluluskan enam usul, dua dibawa Jawatankuasa PAS Pusat dan masing-masing satu oleh Dewan Pemuda, Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan satu usul yang digabungkan dari beberapa kawasan PAS.

Kelulusan sebulat suara usul-usul itu diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail.

Usul pertama mengenai pindaan perlembagaan dibentangkan Setiausaha Agung, Datuk Mustaffa Ali manakala usul kedaulatan negara oleh Naib Presiden Salahuddin Ayob.

Usul ketiga mengenai penghapusan lesen judi sukan dibawa wakil Dewan Pemuda, Ahmad Fadhli Shaari manakala usul keempat mengenai pemerkasaan parti oleh wakil Dewan Ulama, Syed Abdul Kadir Al-Joofre.

Usul terakhir mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dibawa wakil Jerantut, Dr Hamzah Jaafar.

Mengenai pindaan perlembagaan, Mustaffa mengusulkan supaya anggota parti tidak lagi perlu membayar RM5 untuk menyertai mana-mana sayap parti selepas ini.

Selain itu, anggota yang menyertai Lembaga Tatatertib parti tidak lagi dianggotai mereka yang memegang jawatan dalam parti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan